Thursday, February 26, 2015

Filled Under:

Langkawi di kejutkan dengan kehadiran Sang kancil atau Pelanduk Bunian

Langkawi: Di kejutan pelanduk putih bunian seberat 0.5 kg umpama membawa harta karun kepada Jismani Hasan, 41, sampai rumahnya tidah henti  dikunjungi orang ramai di Kampung Buluh Penyumpit, Mukim Kuah, di sini, untuk menengok pelandok yang datang dari alam bunian itu.
Jismani bercakap, sebelum itu haiwan pelik berkenaan ditemui kira-kira 5.30 petang 18 Februari lalu ketika dia bersama seorang anak lelakinya mencari madu lebah di hutan simpan Bukit Tekoh di sini.
"Ketika berada di tepi sungai yang dikenali sebagai Telaga Tok Siti di hutan Bukit Tekoh, kami ternampak seekor pelanduk putih turun ke sungai untuk minum air.
"Kami pasang pukat dan sejam kemudian pelanduk putih itu tersangkut sebelum ia ditangkap dan dibawa pulang ke rumah," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini.
Difahamkan penemuan pelanduk putih itu adalah kali kedua berlaku di pulau ini, selepas haiwan ganjil terbabit ditemui di hutan sama pada 23 Mac 2001.
Bapa kepada enam anak itu berkata, dia bertekad membela pelanduk diberi nama `Awang Putih' itu biarpun ada beberapa pihak berminat membelinya termasuk menawarkan harga lebih RM1,000 setakat ini.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/33044#sthash.HRRVbQGU.dpuf




0 comments:

Post a Comment