Saturday, February 28, 2015

Filled Under:

Impian tercapai Pengantin bersanding didalam Rapid Penang


Sepasang pengantin baru mencipta kelainan tersendiri dalam meraikan detik manis perkahwinan mereka apabila memilih bersanding di dalam bas Rapid Penang di Bayan Baru di sini hari ini.
Kedua-dua mempelai iaitu, Mohd. Helmi Mohd. Nasir, 27, dan pasangan, Ainurul Fazeanna Abdul Rahman, 20, diarak sejauh 10 kilometer dari depoh Sungai Nibong sehingga ke lokasi kediaman kedua-dua pengantin.
Turut mengiringi rombongan tersebut ialah sekumpulan 45 anak yatim dari Rumah Anak Yatim Perempuan Jalan Scotland, yang turut dibawa menaiki sebuah lagi bas Rapid Penang.
Mohd. Helmi yang merupakan pembantu sumber manusia di syarikat pengangkutan awam tersebut berkata, dia sememangnya berhasrat untuk meraikan hari perkahwinannya di atas bas sejak mula bekerja di situ pada tahun 2009.
"Hari ini merupakan hari paling bersejarah dalam hidup saya dan isteri. Impian bersanding di dalam pengangkutan awam itu dibuat kerana saya mahukan kelainan.
"Idea sebegini sudah lama diimpikan dan ia telah mendapat persetujuan daripada seluruh ahli keluarga kami," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini.
Sementara itu, Naib Presiden Kanan Kumpulan Komunikasi dan Strategik Pemasaran, Prasarana Malaysia Berhad, Azhar Ghazali memberitahu, majlis persandingan di atas bas merupakan inisiatif pihaknya dalam menarik orang ramai menggunakan pengangkutan awam berkenaan.
"Kita juga dalam perancangan memperkenalkan pakej persandingan di atas bas Rapid dalam tempoh terdekat ini dan buat pertama kalinya di negeri ini kita telah meraikan majlis perkahwinan seorang kakitangan dengan menyediakan set pelamin yang dihias cantik






0 comments:

Post a Comment