Saturday, February 28, 2015

Impian tercapai Pengantin bersanding didalam Rapid Penang


Sepasang pengantin baru mencipta kelainan tersendiri dalam meraikan detik manis perkahwinan mereka apabila memilih bersanding di dalam bas Rapid Penang di Bayan Baru di sini hari ini.
Kedua-dua mempelai iaitu, Mohd. Helmi Mohd. Nasir, 27, dan pasangan, Ainurul Fazeanna Abdul Rahman, 20, diarak sejauh 10 kilometer dari depoh Sungai Nibong sehingga ke lokasi kediaman kedua-dua pengantin.
Turut mengiringi rombongan tersebut ialah sekumpulan 45 anak yatim dari Rumah Anak Yatim Perempuan Jalan Scotland, yang turut dibawa menaiki sebuah lagi bas Rapid Penang.
Mohd. Helmi yang merupakan pembantu sumber manusia di syarikat pengangkutan awam tersebut berkata, dia sememangnya berhasrat untuk meraikan hari perkahwinannya di atas bas sejak mula bekerja di situ pada tahun 2009.
"Hari ini merupakan hari paling bersejarah dalam hidup saya dan isteri. Impian bersanding di dalam pengangkutan awam itu dibuat kerana saya mahukan kelainan.
"Idea sebegini sudah lama diimpikan dan ia telah mendapat persetujuan daripada seluruh ahli keluarga kami," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini.
Sementara itu, Naib Presiden Kanan Kumpulan Komunikasi dan Strategik Pemasaran, Prasarana Malaysia Berhad, Azhar Ghazali memberitahu, majlis persandingan di atas bas merupakan inisiatif pihaknya dalam menarik orang ramai menggunakan pengangkutan awam berkenaan.
"Kita juga dalam perancangan memperkenalkan pakej persandingan di atas bas Rapid dalam tempoh terdekat ini dan buat pertama kalinya di negeri ini kita telah meraikan majlis perkahwinan seorang kakitangan dengan menyediakan set pelamin yang dihias cantik




Wanita China buka pakaian lalu bergaduh dengan polis




Seorang wanita bertindak membuka pakaiannya sebelum bergaduh dengan polis di  bandar Wenzhou, wilayah Zhejiang, China.
Menurut laporan media tempatan, peristiwa itu bermula ketika Xiao Chen Li (30) dan suaminya, Sying Hseuh (28), tengah mengantarkan kawan-kawan mereka yang mabuk selepas menghadiri sebuah pesta.
Akibat memandu dalam keadaan mabuk, mereka kemudian ditahan oleh anggota polis trafik. Huru-hara bermula apabila Sying menumbuk polis yang hendak menahannya.

Kemudiannya kawan-kawan Sying keluar dari kereta dan membantu lelaki itu melawan anggota polis, sementara para pejalan kaki hanya terpana menyaksikan adegan tersebut.
Apabila beberapa anggota polis tiba bagi membantu mengawal keadaan,isteri Sying, Xiao Chen Li membuka seluarnya sebelum terlibat dalam pergaduhan itu.
Suasananya sangat ramai, aneh, dan sekaligus sangat mengganggu. Semuanya tak terkawal," kata Liang Yao, seorang penduduk yang kebetulan melalui lokasi kejadian.
Para pemabuk itu berjatuhan, dan polis seolah-olah kebingungan. Di saat itulah, si perempuan menjerit-jerit sambil melucutkan pakaiannya," tambah Yao.
Polis akhirnya menangkap enam orang yang terlibat dalam pergaduhan itu. Mereka dituduh menyebabkan kekacauan, mengganggu ketenteraman awam, memandu sambil mabuk, dan khusus untuk Xiao Chen Li, dia akan didakwa atas tuduhan berbogel di tempat awam.


Friday, February 27, 2015

Kejutan Pendendang lagu Matahariku Sudah bertunang Hapiz tahniah

Genap 12 bulan bercinta, penyanyi tersohor tanah kelahiran Sarawak, Hafiz Suip berakhir deangan ikat tali pertunangan bersama awek pilihan hatinya Nureffy Jesreel Abdullah, 23.

Acara tunangan mengikut adat resam Melayu Sarawak berlaku dengan meriah di hotel tekenal di pekan ini turut dihadiri keluarga, rakan serta kenalan rapat dua keluarga itu.



Kumpulan famili Hafiz yang mengenekan  pakaian bertemakan ungu masuk ke dalam dewan membawa 11 dulang hantaran diikuti wakil perempuan dengan balasan 13 
kan dengan acara berbalas pantun daripada wakil kedua keluarga, dturutii adat-adat  menyarung cincin.

Hafiz ketika bercakap, gembira impiannya untuk bertunang pada hari kelahirannya ke-25 tercapai dan mudah baginya untuk memperingati hari bersejarah itu.

Pemenang Akademi Fantasia Musim Ketujuh ini terdahulu mengadakan majlis merisik di rumah gadis pilihan hatinya di sini, pada 21 Disember lalu.

Petang tadi di kediaman keluarga Hafiz di Taman Sukma mengadakan majlis kesyukuran dan doa selamat. Harian Metro 





VIDEO Miss China town pink bersama lelaki pink di Petaling Street

Miss China town bersama dengan lelaki china town di Petaling Street.Mereka berdua sedang mengumpul ciupan yang terbanyak.Ada pengunjung China Town yang was-was tentang mereka.Wanita permepuan pink mendapat kutipan ciuman yang paling banyak








Video!!!! Doa Khas untuk Emak dan Ayah Pastiiii inii




Thursday, February 26, 2015

Langkawi di kejutkan dengan kehadiran Sang kancil atau Pelanduk Bunian

Langkawi: Di kejutan pelanduk putih bunian seberat 0.5 kg umpama membawa harta karun kepada Jismani Hasan, 41, sampai rumahnya tidah henti  dikunjungi orang ramai di Kampung Buluh Penyumpit, Mukim Kuah, di sini, untuk menengok pelandok yang datang dari alam bunian itu.
Jismani bercakap, sebelum itu haiwan pelik berkenaan ditemui kira-kira 5.30 petang 18 Februari lalu ketika dia bersama seorang anak lelakinya mencari madu lebah di hutan simpan Bukit Tekoh di sini.
"Ketika berada di tepi sungai yang dikenali sebagai Telaga Tok Siti di hutan Bukit Tekoh, kami ternampak seekor pelanduk putih turun ke sungai untuk minum air.
"Kami pasang pukat dan sejam kemudian pelanduk putih itu tersangkut sebelum ia ditangkap dan dibawa pulang ke rumah," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini.
Difahamkan penemuan pelanduk putih itu adalah kali kedua berlaku di pulau ini, selepas haiwan ganjil terbabit ditemui di hutan sama pada 23 Mac 2001.
Bapa kepada enam anak itu berkata, dia bertekad membela pelanduk diberi nama `Awang Putih' itu biarpun ada beberapa pihak berminat membelinya termasuk menawarkan harga lebih RM1,000 setakat ini.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/33044#sthash.HRRVbQGU.dpuf